HUBUNGI KAMI

MUREX WATERSPORTS & EVENTS
017 6789621
012 9741422



Saturday, May 14, 2011

Bot Pisang



Aktiviti bot pisang atau banana boat sememangnya mendapat sambutan di kalangan pengunjung baik kanak-kanak mahupun dewasa. Dikendalikan oleh Murex Watersports, kami memastikan pengalaman menaiki bot pisang anda menyeronokkan, ceria dan memuaskan. Anda diberi pilihan untuk meronda di pesisir pantai atau ke tengah laut yang lebih ekstrim. Anda juga boleh memilih sekiranya mahu diterbalikkan di tengah laut atau hanya dibawa secara santai sambil menikmati pemandangan pesisir Pantai Cermin.
Selain itu, anda juga boleh memilih untuk dibawa bersiar di pesisir Tanjung Tuan sehingga ke Monkey Bay. Anda boleh memilih untuk dihantar berkelah di Monkey Bay untuk jangka masa yang anda suka dan kami boleh datang mengambil anda pada waktu yang dijanjikan.

Harga yang dikenakan ialah :

RM10 seorang untuk perjalanan satu pusingan yang besar.
RM15 seorang untuk perjalanan mengelilingi Pulau Masjid dan dua pusingan besar
RM20 seorang untuk perjalanan hingga ke Monkey Bay dan Cape Rachado Light House serta dua pusingan besar
RM25 seorang untuk penghantaran pergi dan balik ke Monkey Bay

Aktiviti Jetski



Di Permaisuri Resort, kami menyediakan perkhidmatan menyewa jetski. Jetski yang disewa adalah jenis SEADOO (4 stroke) baru. Kadar sewaan adalah mengikut jam.

Masa                     Harga

1 jam                    RM350.00

30 min                  RM180.00

15 min                  RM100

Friday, February 11, 2011

MUREX WATERSPORTS



Salah satu keistimewaan Permaisuri Resort ialah aktiviti sukan air yang dikendalikan oleh MUREX WATERSPORTS & EVENTS SDN BHD. Dengan kadar harga yang sangat berpatutan,  para pengunjung mampu menikmati keriangan laut dan pantai secara maksimum. Aktiviti jetski, bot pisang, viper tube, bot persiaran dan bot memancing menjadikan keseronokan percutian anda berganda.